BEKAS MURID TAHUN DUA GAGAL SAMAN GURU DIDAKWA PUKUL GUNA PENYAPU HINGGA BERDARAH
Seorang bekas murid tahun dua di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang, gagal dalam samannya terhadap tiga pihak termasuk seorang bekas guru sekolah itu atas dakwaan memukul menggunakan penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jahitan di kepala.
KUALA LUMPUR: Seorang bekas murid tahun dua di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang, gagal dalam samannya terhadap tiga pihak termasuk seorang bekas guru sekolah itu atas dakwaan memukul menggunakan penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jahitan di kepala.
Ini berikutan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nor Rajiah Mat Zin, menolak saman dikemukakan pelajar berkenaan kini berumur 13 tahun yang diwakili bapanya selaku plaintif, terhadap guru wanita berumur 60 tahun, guru besar sekolah sama dan kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama hingga ketiga.
“Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga. Oleh itu, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos RM5,000 dibayar kepada defendan pertama dan RM5,000 kepada defendan kedua serta ketiga,” kata hakim itu.
Nor Rajiah berkata berdasarkan keterangan saksi, plaintif berada di tempat kejadian, namun ia tidak disokong oleh saksi lain yang berada di situ.
“Ia hanya disokong oleh keterangan saksi plaintif iaitu pegawai penyiasat dan bapa plaintif yang tidak berada di tempat kejadian. OIeh itu, plaintif gagal membuktikan kesnya pada imbangan kebarangkalian,” katanya.
Prosiding itu dihadiri peguam Azmer Md Saad mewakili pelajar itu dan peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Mohd Zali Shaari mewakili guru berkenaan, serta Peguam Kanan Persekutuan Nur Aifaa Che Abdullah bertindak bagi pihak guru besar dan kerajaan.
Sementara itu, Azmer ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atau esok.
Perbicaraan kes itu bermula tahun lepas dengan tiga saksi plaintif dan lapan saksi defendan memberi keterangan.
Dalam saman difailkan pada 17 Okt 2022, plaintif ketika itu berumur lapan tahun mendakwa, semasa sesi pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu pada 3 petang, 18 Okt 2019, dia dan seorang lagi murid nampak guru berkenaan sedang mengejar seorang lagi rakan sekelasnya sambil memegang sebatang penyapu.
Plaintif mendakwa semasa dia dalam perjalanan kembali ke tempat duduk, guru berkenaan secara tiba-tiba memukul kepalanya menggunakan penyapu itu dan dia mengalami kecederaan serta pendarahan yang banyak.
Hasil pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan di Gombak, mendapati dia mengalami kecederaan di bahagian atas kepala dan menerima lima jahitan, serta kepalanya terpaksa dibalut bagi menutup luka.
Susulan itu, bapa plaintif membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 6.45 petang, hari yang sama dan meminta guru itu memberi penjelasan dan guru berkenaan menyatakan bahawa mangsa dipukul kerana tidak berada di tempat duduk, ketika sesi pembelajaran dalam kelas.
Dakwa plaintif, kegagalan kesemua defendan untuk memastikan plaintif dibimbing dengan baik sepanjang berada di sekolah dan berada di dalam keadaan selamat sepanjang masa sesi persekolahan berlangsung, menyebabkan guru berkenaan mendatangkan kecederaan yang dialami plaintif.
Berdasarkan pernyataan pembelaan difailkan defendan pertama (guru) pada 20 Dis 2022, wanita itu mendakwa beliau tidak pernah memukul kepala plaintif atau murid-murid lain menggunakan penyapu atau mana-mana bahagian penyapu.
Guru berkenaan berkata kecederaan dialami plaintif itu akibat kenakalannya sendiri, yang mana plaintif terhantuk dan terkena bucu kayu (tempat letak kapur) papan hitam lama yang diletakkan papan putih di atasnya, ketika plaintif cuba meloloskan diri dari tempatnya tersekat di antara meja guru dan papan putih.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.