GELARAN DATUK FARID KAMIL, BOY IMAN DITARIK

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan pembatalan dan penarikan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada lima individu.

Dua daripada lima individu yang ditarik gelaran tersebut ialah pelakon Farid Kamil Zahari dan Noruliman A Rahman.

Kedua-dua mereka sebelum ini menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak pembatalan dan penarikan darjah tersebut adalah serta merta.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya arahan tersebut menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Tiga lagi individu yang diumum ditarik balik dan dibatalkan penganugerahan ialah Wong Shee Kai @ Ricky, Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz bin Syed Azemman. – AlHijrah Online

Leave a Reply