Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM, JAWI LAKSANA KUTIPAN DERMA MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE, SYRIA

DALAM NEGARA

JAKIM, JAWI LAKSANA KUTIPAN DERMA MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE, SYRIA

“Sumbangan umat Islam ini akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria,”

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar — fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan kutipan derma di masjid-masjid seliaan agensi itu untuk membantu mangsa gema bumi di Turkiye dan Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kutipan sumbangan berkenaan akan dilaksanakan pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula esok.

Mohd Na’im berkata  JAKIM akan membuat kutipan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala JAWI akan membuat kutipan derma di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Perkara tersebut adalah selaras dengan pemakluman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan satu tabung rasmi oleh kerajaan dan semua sumbangan akan di serahkan ke dalam tabung tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Antarabangsa (InFaz) 2023 di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional, Kajang, Selangor hari ini. 

Beliau juga mengesyorkan kepada pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk turut mengadakan kutipan derma dan sumbangan umat Islam menerusi masjid-masjid di seluruh negara untuk disalurkan kepada program bantuan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

Katanya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Ruslan Said telah mengadakan perbincangan bersama kesemua agensi agama Islam negeri bagi penyelarasan kutipan sumbangan di peringkat negeri berkenaan. 

“Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya mereka yang hadir menunaikan solat Jumaat,  bersama-sama memberi sumbangan sebanyak yang boleh mengikut kemampuan kita bagi membantu saudara- saudara yang terkena musibah gempa bumi di sana. 

“Alhamdulilah saya rasa masyarakat di Malaysia amat terkenal dengan sifat dermawan dan insya-Allah ini masa kita menyumbang dan memberi bantuan kepada yang memerlukan,” katanya.  

Sementara itu, beliau berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyumbang RM1 juta ke dalam tabung tersebut untuk membantu mangsa terlibat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading