GEMPA BUMI KUAT: AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN DI JEPUN

Sumber gambar: The Associated Press

FUKUSHIMA: Gempa bumi berskala 7.3 magnitud menggegar wilayah Miyagi dan Fukushima, timur laut Jepun sekitar 11.40 malam Rabu, waktu tempatan.

Gegaran kuat menyebabkan amaran ancaman tsunami setinggi satu meter dikeluarkan, terutama di kawasan pantai di wilayah-wilayah berkenaan.

Gempa bumi berkenaan juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kedua-dua wilayah tersebut.

Tokyo Electric Power melaporkan kira-kira dua juta kediaman terputus bekalan elektrik susulan gegaran itu.

Bandar Miyagi dan Fukushima antara yang terjejas teruk akibat tsunami yang membadai negara matahari terbit itu selepas gempa bumi bermagnitud 9.0 richter melanda Jepun, sebelas tahun lalu. – Alhijrah Online

Leave a Reply