GEMPA BUMI LANDA ISRAEL

TEL AVIV: Gempa bumi sekuat 4.2 skala Richter menggegar bandar-bandar haram di selatan Israel sehingga bahagian utara dapat merasakan gegaran tersebut, pada malam Rabu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi tersebut.

Lapor The Times of Israel, Kajian Geologi Israel memaklumkan pusat gegaran itu ialah 68 kilometer ke utara Eilat dengan kekuatan gegaran yang turut dirasakan di bandar Beersheba, Yeruham dan gurun Arava.

Sebelum ini Israel mengalami gempa bumi pada Januari lalu yang berpusat di Cyprus dengan kekuatan 4.1 skala Ritcher.

Gempa bumi berskala besar terakhir yang melanda wilayah tersebut berlaku pada tahun 1927, yang berkekuatan 6.2 skala Ritcher sehingga mengorbankan 500 orang dan mencederakan 700 yang lain.–AlHijrah Online

Leave a Reply