Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PDRM TAWAR DISKAUN SAMAN TRAFIK

DALAM NEGARA

PDRM TAWAR DISKAUN SAMAN TRAFIK

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi saman trafik selama sebulan, bermula esok 18 Jun sehingga 18 Julai.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Komisioner Datuk Azisman Alias berkata, diskaun tersebut termasuk saman-saman PDRM yang berada dalam senarai hitam.

Bagaimanapun, tawaran pengurangan saman itu tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun ini (2021), kesalahan kenderaan berat serta kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

PDRM berharap inisiatif pengurangan saman ini dapat meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Orang ramai boleh mendaftar diri melalui portal rasmi PDRM atau pautan rasmi kami iaitu https://mybayarsaman@rmp.gov.my, muat turun aplikasi Google Playstore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

“Aplikasi Mybayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran menggunakan aplikasi tersebut,” katanya.

Azisman memaklumkan bahawa semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading