Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAGI ‘BELON API’ GAZA DILEPASKAN DI ISRAEL

DUNIA

LAGI ‘BELON API’ GAZA DILEPASKAN DI ISRAEL

SUMBER: AFP

BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin melepaskan lebih banyak ‘belon api’ ke Israel selepas Zionis bertindak menyerang Gaza, semalam.

Menurut jurucakap bomba Israel, pihaknya memadamkan beberapa kebakaran yang berpunca daripada ‘belon api” di kawasan berdekatan Semenanjung Gaza selama dua hari berturut-turut.

Tindakan melepaskan ‘belon api’ untuk menunjukkan protes kepada tindakan Israel yang telah meluluskan ‘Perarakan Bendera’ diadakan di kawasan Baitulmaqdis.

Awal pagi semalam, Zionis Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza sekali gus mencabul persetujuan gencatan senjata bersama Hamas pada 21 Mei lalu seperti yang diumumkan

Dalam masa yang sama, ia merupakan serangan pertama selepas pentadbiran kerajaan Israel baharu yang diketuai Naftali Bennet.

Media Palestin memaklumkan tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading