KUALA LUMPUR: Kenyataan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus yang mengatakan bahawa isu transgender adalah satu “medical condition” yang tidak dapat dirawat dan akan membelenggu seseorang itu seumur hidup adalah sangat mengecewakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata dakwaan itu juga jelas menyimpang daripada fakta sebenar dan juga ajaran Islam.
“Hujah bahawa kita tidak boleh menidakkan hak asasi seseorang itu semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender yang mempunyai “jiwa” yang bertentangan dengan fitrahnya sangat sukar untuk diterima akal. “Jiwa” yang bertentangan dengan fitrah perlu diuruskan supaya ia tidak merosakkan diri dan masyarakat.
“Kalaulah semua perkara boleh dilakukan dengan menggunakan hujah “jiwa”, nescaya huru-hara dan kucar-kacirlah dunia kerana kita perlu meraikan segala jenis benda haram yang menjadi kecenderungan manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, berhubung isu mencari penyelidik untuk mengkaji berkenaan jantina ketiga yang disiarkan di Facebook SUHAKAM bertarikh 14 Jun 2021 sebelum ini, Ahmad Marzuk berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghantar emel rasmi kepada SUHAKAM bagi memohon penjelasan mengenai justifikasi cadangan penyelidikan yang akan dijalankan.
Ujarnya setakat ini SUHAKAM masih belum memberikan sebarang jawapan terhadap perkara itu.
“JAKIM berhak menerima penjelasan daripada SUHAKAM sementelah sudah menjadi tugas dan peranan JAKIM untuk menangani sesuatu isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Lagi pula, kita tidak mahu data-data yang dikumpulkan disalah guna untuk memberi gambaran realiti sosial yang salah, memandangkan matlamat kajian secara jelas adalah berat sebelah, iaitu ke arah memberi pengiktirafan kepada jantina ketiga,” katanya.
Dalam pada itu Ahmad Marzuk menegaskan adalah lebih baik untuk SUHAKAM menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi mengkaji isu yang lebih relevan dengan situasi pandemik yang mendesak, terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu hak asasi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak.
Katanya memperbanyak kajian yang memberi manfaat kepada golongan ini adalah lebih utama daripada pergi kepada isu-isu yang menjadi bantahan majoriti rakyat.
“Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga.
“Kita percaya lebih banyak data dan kajian yang diperlukan daripada semua pihak dalam mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan kes mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, khususnya yang berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Beliau memohon agar SUHAKAM jujur dalam menentukan kajian yang lebih penting dalam merealisasikan hak asasi manusia di Malaysia selain menghormati Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi rakyat majoriti Islam yang berpegang teguh dengan agama dan nilai moral. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked