Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GOLONGAN MUDA DISARAN MENABUNG DI TH, JAGA KESIHATAN UNTUK TUNAI HAJI AWAL

DALAM NEGARA

GOLONGAN MUDA DISARAN MENABUNG DI TH, JAGA KESIHATAN UNTUK TUNAI HAJI AWAL

Golongan muda dinasihatkan untuk membuat perancangan kewangan untuk menabung dalam Lembaga Tabung Haji (TH) dan menjaga kesihatan diri bagi persediaan menunaikan ibadah haji. 

Sumber: FB Dato’ Setia Dr. Naim

SERDANG: Golongan muda dinasihatkan untuk membuat perancangan kewangan untuk menabung dalam Lembaga Tabung Haji (TH) dan menjaga kesihatan diri bagi persediaan menunaikan ibadah haji. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata amalan menabung secara konsisten menjadi kunci untuk merealisasikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.

“Saya berharap semoga semua pendeposit cakna mengenai ibadah haji, sekali gus berazam untuk terus menjaga kesihatan dan kekal sihat untuk menunaikan haji nanti.

“Paling penting, mulakan amalan menabung secara konsisten di TH bermula hari ini supaya dapat menunaikan haji semasa badan masih kuat dan bertenaga,” katanya ketika merasmikan TAHA RUN 2025 di sini, hari ini.

Program TaHa Fun Run 2025 yang bertemakan ‘Run For A Lifetime Journey’  disertai lebih 1,000 peserta berusia 18 hingga 25 tahun.

Larian itu merangkumi dua kategori iaitu tiga dan lima kilometer, bertujuan memupuk kesedaran mengenai tabiat menabung, perancangan kewangan serta gaya hidup sihat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading