Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAL KALIMAH ALLAH HARUS DIBINCANG SECARA TERTUTUP, ELAK KEKELIRUAN UMAT

DALAM NEGARA

HAL KALIMAH ALLAH HARUS DIBINCANG SECARA TERTUTUP, ELAK KEKELIRUAN UMAT

Soal penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dibincang secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Soal penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dibincang secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tindakan kerajaan menarik balik semula rayuan terhadap penggunaan kalimah “Allah” dibuat selepas perkara itu dirujuk kepada pandangan mufti-mufti serta titah Raja-Raja Melayu.

Katanya hal berkenaan sudah beberapa kali dijelaskan termasuk ketika di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah Allah yang dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

“Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan. 

“(Kalimah Allah) boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, (perbahasan mengenainya) tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita (kerajaan) masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading