Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini terhadap dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua anak mereka, awal tahun ini.
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua anak mereka, awal tahun ini. Pengakuan bapa tiri kepada kedua-dua mangsa dan ibu kandung kanak-kanak itu, direkodkan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar. Bapa tiri yang bekerja sebagai pemandu lori berumur 29 tahun dan isterinya, 28, didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan adik perempuannya berumur lima tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. — fotoBERNAMA
KUANTAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua anak mereka, awal tahun ini.
Pengakuan bapa tiri kepada kedua-dua mangsa dan ibu kandung kanak-kanak itu, direkodkan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.
Bapa tiri yang bekerja sebagai pemandu lori berumur 29 tahun dan isterinya, 28, didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan adik perempuannya berumur lima tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pandan Damai Bukit Rangin di sini pada Januari lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga boleh dikenakan perintah bon berkelakuan baik untuk satu tempoh dan menjalankan khidmat masyarakat tidak lebih 240 jam.
Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh dan memohon syarat tambahan mereka tidak menghampiri saksi serta mangsa yang kini dijaga nenek, melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Mohamad Hamizey Mat Taib yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum diberikan kerana tertuduh lelaki yang berpendapatan RM2,500 sebulan perlu menyara orang tuanya manakala isterinya tidak berkerja.
Mohammed Mokhzani membenarkan setiap tertuduh dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan serta menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests