Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS BERUSAHA LANJUT JEDA KEMANUSIAAN DI GAZA

DUNIA

HAMAS BERUSAHA LANJUT JEDA KEMANUSIAAN DI GAZA

Hamas pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya berusaha melanjutkan jeda kemanusiaan dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Sumber Gambar: AFP

BANDARAYA GAZA: Hamas pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya berusaha melanjutkan jeda kemanusiaan dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, menurut sumber Palestin, Hamas sudah pun memaklumkan kepada Qatar dan Mesir mengenai kesediaannya untuk melanjutkannya selama dua hingga empat hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

Jeda kemanusiaan di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14,854 rakyat Palestin termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita maut sejak serangan bermula pada 7 Okt, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading