Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS SERAHKAN DUA TEBUSAN ISRAEL KEPADA WAKIL ICRC

DUNIA

HAMAS SERAHKAN DUA TEBUSAN ISRAEL KEPADA WAKIL ICRC

Pergerakan Palestin Hamas, telah membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di bandar Khan Yunis.

BEIRUT: Pergerakan Palestin Hamas, telah membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di bandar Khan Yunis, menurut laporan agensi berita Lubnan, Al Mayadeen, yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti pada Sabtu.

Menurut laporan itu, seorang lagi tebusan akan dibebaskan kemudian pada hari yang sama di kawasan pelabuhan Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan pemindahan tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua tebusan kini dalam perjalanan pulang.

“Kedua-dua tebusan yang dibebaskan kini sedang diiringi oleh pasukan khas IDF dan Agensi Keselamatan Israel (ISA) dalam perjalanan pulang ke wilayah Israel, yang mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan awal,” menurut IDF.

Israel akan membebaskan 90 tahanan Palestin pada Sabtu, termasuk sembilan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata.

Israel dan Hamas, dengan perantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat, mencapai persetujuan pada 15 Jan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 42 hari dan menyatakan hasrat untuk menamatkan pertempuran yang telah meragut lebih 47,000 nyawa rakyat Palestin serta kira-kira 1,500 warga Israel dalam tempoh 15 bulan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading