Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNIC JUARA ANUGERAH CARTA 114 2025!

DALAM NEGARA

UNIC JUARA ANUGERAH CARTA 114 2025!

Kumpulan nasyid UNIC hari ini dinobatkan sebagai Juara Anugerah Carta 114 2025 menerusi lagu Sirih Pulang Ke Gagang.

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid UNIC hari ini dinobatkan sebagai Juara Anugerah Carta 114 2025 menerusi lagu Sirih Pulang Ke Gagang.

Lagu yang dibawakan UNIC bersama Aniq Muhai itu telah merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Lagu Terbaik.

Lirik dan komposer oleh Akmal Mustafa bersama Aniq Muhai membawa pulang hadiah masing-masing RM10,000 dan RM20,000 beserta trofi.

Sementara itu, Anugerah Carta 114 2025 turut menobatkan kumpulan nasyid Darwish sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Abu Ubaidah.

Darwish membawa pulang hadiah RM10,000 berserta trofi.

Anugerah Carta 114 2025 kali ini membariskan tujuh finalis antaranya Rabithah, Darwish, Madinah, Idris Shamsudin, Haadi, Halim Ahmad & Aiman Sidek serta Aniq Muhai & UNIC.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Muhammad Aga Sekamdo

    2 February 2025 at 11:42 AM

    mabruk.. semoga nasyid terus berkembang dan menjadi sarana perbaikan ummat. salam dari kami http://www.radionasyid.net

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading