GPMS PERLU MAIN PERANAN BANTU ISU KECICIRAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata antara usaha yang boleh dilakukan termasuk mengadakan lawatan rumah ke rumah bersama pemimpin masyarakat, bagi mengenal pasti mereka yang berhadapan dengan masalah.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berucap pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulangtahun ke 11 Alumni GPMS Kebangsaan di Masjid Negara hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) perlu memainkan peranan untuk membantu menangani isu keciciran pelajar dalam pendidikan di seluruh negara kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata antara usaha yang boleh dilakukan termasuk mengadakan lawatan rumah ke rumah bersama pemimpin masyarakat, bagi mengenal pasti mereka yang berhadapan dengan masalah.
“Ramai yang tercicir sebenarnya, bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi di seluruh negara…yang tidak ke sekolah ini bukan kerana miskin, tetapi masalah sosial, masalah ibu bapa mereka, masalah keluarga mereka yang menjadikan pendidikan ini tidak penting bagi mereka.
“Kita harap GPMS memainkan peranan untuk memastikan bahawa semua murid mendapat pendidikan hingga ke Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ada yang sampai tingkatan tiga, tingkatan satu sahaja,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Ke-11 Alumni GPMS Kebangsaan, di sini hari ini.
Azman berkata selain itu, bagi keluarga yang tidak berkemampuan GPMS boleh membantu dengan memaklumkannya kepada Kementerian Pendidikan dan guru sekolah, supaya bantuan dapat diberikan bagi mengelakkan keciciran sehingga mereka tidak menduduki SPM.
Sementara itu, Presiden Alumni GPMS Kebangsaan Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata keciciran dalam pendidikan merupakan aspek yang diberikan keutamaan pihaknya, termasuk pendedahan pelajar kepada pilihan dalam bidang Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Insya-Allah dengan kekuatan yang kita ada, dengan tenaga-tenaga yang membantu kita, kita akan teruskan fokus pada keciciran tidak ke sekolah.
“Mungkin ada yang kurang dari segi pembelajaran. Kita tahu pelajar-pelajar kita sebahagiannya tidak berminat. Kita akan buat perbincangan awal dengan kaunselor sekolah untuk memberikan pendekatan tentang pentingnya TVET untuk masa depan mereka, termasuk beri pemahaman kepada ibu bapa,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan 10,000 pelajar tidak hadir bagi kertas Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM 2024 manakala pada 2 Jan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kira-kira 10,000 pelajar masih belum mengesahkan kehadiran untuk peperiksaan SPM 2024.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 120 warga emas, asnaf, Orang Kurang Upaya dan para pejuang pendidikan yang uzur dan ditimpa masalah kelangsungan hidup serta memerlukan bantuan kecemasan, menerima sumbangan kebajikan melalui kerjasama strategik dengan Yayasan Wilayah Persekutuan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.