Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“JANGAN POTONG BAP WALAU 10 SEN”- FADHLINA

DALAM NEGARA

“JANGAN POTONG BAP WALAU 10 SEN”- FADHLINA

Tegas Fadhlina, sekiranya perlu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau bayaran tertentu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu mencari inisiatif lain bagi mengatasi masalah tersebut.

Sumber: BERNAMA

NIBONG TEBAL: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 perlu diserahkan sepenuhnya kepada setiap murid tanpa sebarang pemotongan.

Menteri Pendidikan, Fadhina Sidek turut mengingatkan ibu bapa agar menyalurkan aduan sekiranya bayaran BAP diterima setiap anak yang bersekolah tidak mencukupi.

“Jadi, kalau ada ibu bapa yang tak terima RM150 ini, kurang sepuluh sen ke, kurang satu ringgit, kena beritahu KPM kerana bayaran tidak boleh berkurangan, mesti RM150 untuk bantuan awal sekolah” Katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Nibong Tebal.

Tegas beliau, sekiranya perlu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau bayaran tertentu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu mencari inisiatif lain bagi mengatasi masalah tersebut.

Fadhlina turut memberi jaminan penyaluran BAP kepada semua murid dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya hujung minggu ini.

“Sebab itu, saya ingat semua sekolah telah menerima duit ini dan mesti diagihkan dengan segera bagi memudahkan urusan ibu bapa. Insya-Allah, kita harap dalam minggu ini juga semua selesai”.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Tun Syed Barakbah di sini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menerima peruntukan BAP berjumlah lebih RM34.1 juta melibatkan lebih 227,000 murid dan pelajar.

Sebelum ini, rata-rata ibu bapa di platform media sosial mendakwa bayaran BAP dipotong oleh pihak sekolah bagi melunaskan yuran PIBG dan perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM800 juta bagi BAP yang layak diterima 5.2 juta pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading