Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENG SURAU PUTRAJAYA ANJUR PROGRAM PENDEDAHAN KEJURUTERAAN KEPADA LEPASAN SPM

DALAM NEGARA

GENG SURAU PUTRAJAYA ANJUR PROGRAM PENDEDAHAN KEJURUTERAAN KEPADA LEPASAN SPM

PUTRAJAYA: Seramai 42 pelajar pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada beberapa sekolah terpilih telah menyertai Program Ke Arah Jurutera Profesional Pasca SPM anjuran Geng Surau Putrajaya (GSP) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), yang berlangsung selama satu hari di sini, baru-baru ini.

Program ini melibatkan penyertaan pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMKA Putrajaya) dan Sekolah Alam Shah (SAAS).

Menurut penganjur, program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal berkaitan laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan, khususnya kepada pelajar lepasan SPM yang berpotensi dan berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut.

Selain perkongsian hala tuju akademik dan kerjaya, program ini turut menekankan aspek pembinaan sahsiah, nilai amanah serta integriti profesional berteraskan Islam, selaras dengan keperluan melahirkan jurutera masa hadapan yang seimbang dari sudut ilmu, kemahiran dan akhlak.

Wakil Geng Surau Putrajaya berkata, program ini menjadi sebahagian usaha berterusan pihaknya dalam membantu membangunkan modal insan berpendidikan tinggi yang bukan sahaja cemerlang secara teknikal, malah mempunyai kesedaran tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan negara.

“Kerjasama bersama PPZ-MAIWP ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada pelajar dalam membuat perancangan masa depan serta menyuntik motivasi untuk menjadi jurutera profesional yang berintegriti,” katanya.

Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform bimbingan awal kepada pelajar pasca SPM dalam merangka hala tuju pendidikan dan kerjaya secara lebih tersusun dan berimpak.

Majlis perasmian program telah dirasmikan oleh Ybrs Tuan Haji Azrin bin Dato’ HJ Abdul Manan Mewakili Ketua Pengawai Eksekutif PPZ MAIWP. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading