Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HANCUR TANGAN, PECAH GEGENDANG TELINGA AKIBAT MERCUN BUATAN SENDIRI

DALAM NEGARA

HANCUR TANGAN, PECAH GEGENDANG TELINGA AKIBAT MERCUN BUATAN SENDIRI

GUA MUSANG: Seorang lelaki cedera parah selepas mercun buatan sendiri menggunakan botol cecair rokok elektronik (vape) meletup di tangannya, di rumahnya Kampung Batu Papan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kejadian melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarganya.

“Siasatan mendapati mangsa membuat sendiri mercun itu dengan menggunakan beleran daripada 50 biji mercun bola yang dimasukkan ke dalam botol cecair vape yang kosong sebelum dicucuh api.

“Botol berisi belerang itu meletup sebelum mangsa sempat melemparnya,” katanya.

Sik mengulas, mangsa cedera parah termasuk hancur tangan kanan, pecah gegendang telinga akibat letupan yang terlalu kuat, serta cedera di bahagian muka.

Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Bagaimanapun, pihak HSIP memaklumkan tangan kanan lelaki itu terpaksa dipotong namun dia berada dalam keadaan stabil.

Kes tersebut disiasat mengkut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading