Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN TERLIBAT RUSUHAN, CETUS PROVOKASI

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN TERLIBAT RUSUHAN, CETUS PROVOKASI

BATU PAHAT: Polis menahan seramai 20 individu selepas dipercayai terlibat dalam insiden merusuh dan bertindak membakar suar serta menaikkan kain rentang berunsur provokatif di Parit Raja, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah, mereka yang ditahan berumur 16 hingga 28 tahun bagi membantu siasatan tentang kejadian, di Balai Polis Parit Raja kira-kira jam 8.30 malam.

“Berdasarkan semakan, semuanya tiada rekod jenayah dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Mei,” katanya.

Pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam tentang penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ yang tergantung di sebuah jejantas Jalan Parit Raja pada jam 11.04 pagi Khamis.

Bagaimanapun, beberapa anggotanya telah ke lokasi berkenaan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.

“Namun tidak lama selepas itu, polis menerima aduan tentang satu video perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’ serta pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan,” katanya.

Ismail mengulas, pihaknya menerima beberapa laporan terdapat aktiviti ‘mat rempit’ di kawasan tersebut dari jam 12 tengah malam tadi hingga 1 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu terbabit dan usaha untuk mengesan dan menahan mereka sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 144/269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading