HANTAR PASUKAN TENTERA KE PALESTIN PERLU DISEPAKATI NEGARA JIRAN – ANWAR
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.
Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.
“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.
“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” kata Anwar.
Justeru, Perdana Menteri meminta semua rakyat dan komuniti ummah untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.
Anwar berkata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan berlepas ke Jeddah pada malam ini atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mesyuarat tergempar OIC.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata beliau turut akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis ini, serta mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel terhadap Palestin.
“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Okt supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.
“Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain… UAE (Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Mesir dan Turkiye sama ada perlu diadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin-pemimpin negara lain,” kata beliau.
Anwar berkata beliau turut memberikan mandat penuh kepada Zambry untuk berbincang dan mengambil apa jua keputusan bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin oleh kerana Israel telah menyekat sumber asas atau bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Selain itu, Perdana Menteri memberi jaminan untuk terus bersama dengan mana-mana negara yang menunjukkan solidariti dan simpati kepada Palestin.
“Pendirian kita adalah jelas, politik di Palestin ialah politics of dispossession. Tanah, harta benda mereka telah dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka ke atas tanah air mereka.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia dengan hubungan yang diberikan, akan bersama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa saja yang perlu,” kata beliau.
Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia secara dasarnya mempunyai hubungan dengan Hamas selepas mereka memenangi pilihan raya bebas dan tidak bersetuju dengan keputusan Eropah untuk terus menekan Hamas.
Beliau berkata ketika ini kerajaan telah menyumbang sebanyak RM10 juta bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.
“Insya-Allah hari Khamis ini, sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, sebanyak RM100 juta (tambahan daripada beberapa GLC) yang akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan,” kata beliau. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests