Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA TEMPAT SELAMAT UNTUK ORANG AWAM DI GAZA

DUNIA

TIADA TEMPAT SELAMAT UNTUK ORANG AWAM DI GAZA

Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata menyerang orang awam satu lagi gambaran bahawa penduduk di Gaza sudah tidak mempunyai tempat yang selamat untuk dituju.

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Amnesty International pada Ahad berkata tiada kawasan di Semenanjung Gaza yang boleh menjamin keselamatan orang awam Palestin daripada serangan udara Israel.

Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata menyerang orang awam satu lagi gambaran bahawa penduduk di Gaza sudah tidak mempunyai tempat yang selamat untuk dituju.

“Amnesty telah mengesahkan enam video serangan pada 13 Okt 2023 yang mengakibatkan orang awam terkorban di sepanjang Salah-Al Deen Street, laluan yang telah ditetapkan oleh tentera Israel sebagai selamat untuk orang awam melarikan diri selepas ‘perintah’ Israel meminta mereka meninggalkan utara Gaza,” kata  pertubuhan itu di X, lapor Agensi Anadolu.  

Amnesty berkata sekurang-kurangnya 70 maut dan konvoi yang meninggalkan utara Semenanjung Gaza ke selatan wilayah itu, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya.

“Ambulans yang tiba di tempat kejadian turut diserang dalam serangan kedua, manakala penyelamat cedera,” kata pertubuhan itu. 

Amnesty berkata arahan berpindah oleh Israel tidak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan proses pemindahan itu hampir mustahil memandangkan keadaan kesihatan orang awam dan kekurangan pengangkutan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading