KERAJAAN PUTUSKAN KELUARGA KAKITANGAN KEDUTAAN MALAYSIA DI LUBNAN KEMBALI KE TANAH AIR
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan agar anggota keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan, berikutan kawasan selatan negara itu turut diserang Israel.
Kawasan selatan Lubnan turut menjadi sasaran bedilan roket Israel susulan konflik dengan Palestin sejak 7 Okt lepas. – AFP
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan agar anggota keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan, berikutan kawasan selatan negara itu turut diserang Israel.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata keputusan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.
“Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa,” kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.
Wisma Putra turut menyarankan agar warga Malaysia disaran menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan.
Kerajaan juga mengarahkan pihak kedutaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu, termasuk pasukan pengaman Angkatan Tentera Malaysia – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ATM-PBB) iaitu MALBATT yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan pihak kedutaan di talian +961 (1)1970207 (pejabat) atau +961-71380063 (bimbit) atau email mwbeirut@kln.gov.my.
Menurut laporan media, kawasan selatan Lubnan turut menjadi sasaran bedilan roket Israel susulan konflik dengan Palestin sejak 7 Okt lepas.
Pada Jumaat, wartawan Reuters Issam Abdullah terkorban dalam serangan Israel ketika sedang bertugas berhampiran sempadan Lubnan-Israel.
Serangan itu turut mencederakan enam yang lain termasuk wartawan AFP dan Al Jazeera. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests