HARGA SILING PELITUP MUKA AKAN DITURUNKAN DI BAWAH RM1.20

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menurunkan harga siling pelitup muka daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

“Memandangkan maklum balas daripada awam, kami sudah berbincang, mungkin kita akan turun lagi di bawah RM1.20 kerana kita prihatin dan kita sensitif, tak ada masalah.

“Dalam dua tiga hari ini kami buat keputusan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Thiong yang bertanya usaha kerajaan untuk membantu golongan memerlukan ketika pasca Covid-19.

Bermula 1 Ogos 2020 kerajaan mewajibkan orang awam memakai pelitup muka, khususnya ketika berada di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19. — AlHijrah Online

Leave a Reply