Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HELIKOPTER AMBIL ‘NASI GANJA’ HANYA DAPAT KEBENARAN RENTAS NEGERI BAGI URUSAN DISELENGGARA

DALAM NEGARA

HELIKOPTER AMBIL ‘NASI GANJA’ HANYA DAPAT KEBENARAN RENTAS NEGERI BAGI URUSAN DISELENGGARA

IPOH: Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh bagi mengambil tempahan nasi ganja pada Jumaat lalu hanya mendapat kebenaran merentas negeri bagi urusan penyelenggaraan sahaja.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid Alathrash Wahid berkata, polis telah merakam kenyataan Ketua Polis Balai yang memberi kebenaran termasuk pengadu, pemilik premis makanan, pemilik syarikat helikopter serta kesemua individu yang terlibat.

“Siasatan masih diteruskan dan hasil siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat,” katanya.

Kes disiasat di bawah 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi tidak mengganggu siasatan.

Jumaat lalu, sebuah helikopter telah mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya itu.

Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta bagi mengambil tempahan pelanggan dari Kuala Lumpur itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah sebelum mendarat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading