100,000 KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 UNTUK RAKYAT JOHOR – TMJ

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bertitah 100,000 kit ujian kendiri antigen COVID-19 untuk diagihkan ke seluruh Johor.
Menerusi hantaran di laman Facebook baginda, kit ujian kendiri tersebut mampu meningkatkan kapasiti saringan supaya pengesanan jangkitan COVID-19 lebih efektif dapat dijalankan serta kes positif dapat dikesan.
“Kita perlu meningkatkan lagi ‘Test, Trace and Vaccinate’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin,” titah baginda.
Tunku Ismail menjelaskan bahawa kit ujian kendiri itu dapat membantu dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengenal pasti tempat-tempat ‘hotspot’.–AlHijrah Online