Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ADIK BERADIK GADUH GUNA PARANG ANGKARA HUTANG

DALAM NEGARA

ADIK BERADIK GADUH GUNA PARANG ANGKARA HUTANG

SUNGAI PETANI: Dua beradik ditahan polis kerana bergaduh menggunakan parang di sebuah kedai bunga, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 1 petang apabila kedai bunga milik abang suspek didatangi adiknya lalu memarahi dan meminta hutang.

Dalam kejadian itu, suspek bertindak mengambil sebilah parang lalu mengamuk sehingga memecahkan cermin kaca pintu dan dinding kedai serta mengugut untuk mencederakan mangsa serta kakak iparnya.

Suspek kemudiannya membuka laci meja dan mengambil sejumlah wang sebelum pergi meninggalkan kedai bunga itu lantas abang mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Muda.

Susulan itu, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di lokasi yang tidak jauh dari tempat kejadian.

Hasil siasatan mendapati dua beradik lelaki berumur 29 dan 36 tahun itu dipercayai bergaduh akibat hutang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading