Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HELIKOPTER BAWA NAIB PRESIDEN MALAWI DILAPORKAN HILANG

DUNIA

HELIKOPTER BAWA NAIB PRESIDEN MALAWI DILAPORKAN HILANG

ebuah helikopter tentera Malawi yang membawa naib presiden negara itu dan lapan yang lain hilang di utara Malawi pada Isnin.

Saulos Chilima -foto AFP

LILONGWE, MALAWI: Sebuah helikopter tentera Malawi yang membawa naib presiden negara itu dan lapan yang lain hilang di utara Malawi pada Isnin, kata kerajaan.

Saulos Chilima dijadual menghadiri majlis pengebumian Ralph Kasambara, bekas Menteri Kehakiman yang meninggal dunia pada Jumaat, dengan helikopter dinaikinya berlepas dari ibu negara Lilongwe sebelum hilang, lapor Agensi Anadolu.

Sehubungan dengan kejadian itu, Presiden Lazarus Chakwera membatalkan lawatan ke luar negara yang dijadualkan dan mengarahkan kedua-dua agensi serantau serta nasional untuk memperhebatkan usaha mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat yang hilang, menurut kenyataan dari pejabat presiden.

Suasana di negara selatan Afrika itu menjadi muram apabila orang ramai menunggu berita mengenai naib presiden. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading