Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HINDARI FAHAMAN KHAWARIJ, TAKFIRI, APA JUA AJARAN MENYELEWENG – MUFTI PAHANG

DALAM NEGARA

HINDARI FAHAMAN KHAWARIJ, TAKFIRI, APA JUA AJARAN MENYELEWENG – MUFTI PAHANG

Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menolak ajaran sesat seperti fahaman Khawarij, Takfiri dan apa sahaja ajaran yang menyeleweng.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUANTAN: Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menolak ajaran sesat seperti fahaman Khawarij, Takfiri dan apa sahaja ajaran yang menyeleweng.

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata ajaran-ajaran ini jika tidak dibendung boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Jabatan Mufti negeri Pahang menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam kenyataan. 

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilapor berkata kerajaan negeri sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang bentuk ajaran mencurigakan atau sesat bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan baik.

Asmadi dalam pada itu berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan memantau sebarang bentuk ajaran atau fahaman yang mencurigakan agar dapat dibendung dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi kesucian akidah umat Islam di negeri ini.

“Jabatan Mufti negeri Pahang menyeru agar masyarakat tidak membiarkan diri mereka terperangkap dalam jaringan ajaran sesat.

“Semoga kita teguh bersama-sama melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran atau fahaman yang menyeleweng atau sesat,” katanya. 

Beliau turut menasihatkan kesemua umat Islam merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading