Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELAK MAKAN KUPANG, KERANG SEMENTARA WAKTU – AMINUDDIN

DALAM NEGARA

ELAK MAKAN KUPANG, KERANG SEMENTARA WAKTU – AMINUDDIN

Orang ramai di negeri ini dinasihatkan mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

 Foto ihsan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang

SEREMBAN: Orang ramai di negeri ini dinasihatkan mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ini berikutan Jabatan Perikanan (DOF) masih menjalankan pemerhatian dan analisis terhadap air dan kupang di kawasan terlibat.

“Dulu kita biasa dengar tentang keracunan membabitkan kupang dan kerang, sudah lama tak terjadi dan kali ini berlaku lagi di Port Dickson. DOF telah maklumkan puncanya…kita juga tahu di kawasan tersebut banyak penternak kupang dan kita harap masyarakat elakkan makan hingga isu ini selesai.

“Untuk tindakan selanjutnya, kerajaan negeri akan tengok macam mana sebab kita pun belum dapat maklumat sepenuhnya daripada DOF negeri termasuk jumlah penternak terlibat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan sebuah pasar raya di sini hari ini.

  Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading