Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HOSPITAL TAIPING NAFI KELUARKAN RESIT RAWATAN KETUMBUHAN OTAK KANAK-KANAK

DALAM NEGARA

HOSPITAL TAIPING NAFI KELUARKAN RESIT RAWATAN KETUMBUHAN OTAK KANAK-KANAK

TAIPING: Hospital Taiping menafikan kesahihan resit bayaran rawatan ketumbuhan otak seorang kanak-kanak perempuan bagi memohon bantuan kewangan orang ramai.

Pengarahnya Dr Narimah Yusof berkata, pihaknya bagaimanapun telah melaksanakan tindakan sewajarnya berkenaan perkara tersebut untuk pengesahan daripada pihak terbabit.

“Siasatan lanjut mendapati bahawa resit bayaran berkenaan adalah palsu dan tidak dikeluarkan dari mana-mana pihak di Hospital Taiping.

“Siasatan juga mendapati bahawa penama serta maklumat nombor resit tertera di dalam resit itu tidak sahih, malah pesakit berkenaan tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah Hospital Taiping,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Hospital Taiping mengecam tindakan individu atau pihak yang mengguna pakai nama institusi kesihatan serta maklumat palsu bagi kepentingan peribadi.

“Pihak pengurusan dengan ini mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan taktik serta kaedah individu tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan di dalam tempoh pandemik yang mencabar ini,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah hantaran memohon bantuan kewangan orang ramai untuk bayaran rawatan ketumbuhan otak bagi seorang kanak-kanak perempuan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading