Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM SIASAT, KENAL PASTI SEKOLAH SEDIAKAN MAKANAN RMT NASI PUTIH DENGAN KUAH

DALAM NEGARA

KPM SIASAT, KENAL PASTI SEKOLAH SEDIAKAN MAKANAN RMT NASI PUTIH DENGAN KUAH

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat dakwaan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hanya menyediakan nasi putih dan kuah kepada murid-murid sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata beliau turut mengarahkan supaya sekolah terlibat dikenal pasti.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat.

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini tular satu hantaran di Facebook berserta gambar yang dimuat naik seorang pemilik akaun yang mendakwa cucu saudaranya hanya menerima menu RMT sedemikian.

Hantaran tersebut turut mempersoalkan adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sehingga pengusaha kantin menyediakan menu makanan tambahan sebegitu kepada murid-murid sekolah rendah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading