Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HOWARD LEE DINASIHAT BERHATI-HATI PETIK AYAT AL-QURAN, ELAK SALAH FAHAM

DALAM NEGARA

HOWARD LEE DINASIHAT BERHATI-HATI PETIK AYAT AL-QURAN, ELAK SALAH FAHAM

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar malam tadi mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berhubung isu tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bertemu Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How malam tadi. – Foto Facebook Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar malam tadi mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berhubung isu tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Dalam pertemuan di Kuala Kangsar, Perak itu, Mohd Na’im menasihatkan Ahli Parlimen Dap tersebut untuk lebih berhati-hati apabila menyentuh perkara berkaitan Islam.

“Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Semalam media melaporkan Mohd Na’im dijadual akan bertemu Howard bagi mendapatkan gambaran sebenar dan penjelasan dalam satu pertemuan secara harmoni.

Sebelum ini, Howard dikritik selepas video beliau memetik ayat al-Quran berhubung konsep taat kepada ulil amri dalam ayat 59 surah al-Maidah tular di media sosial. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading