KERAJAAN PERPADUAN TIDAK PELUK TUBUH, CUBA SEDAYA UPAYA TANGANI ISU BERAS – PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak berpeluk tubuh, sebaliknya akan bergerak dengan segenap akal dan bertiwikrama (berusaha sedaya upaya) untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras global ketika ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim – Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak berpeluk tubuh, sebaliknya akan bergerak dengan segenap akal dan bertiwikrama (berusaha sedaya upaya) untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras global ketika ini.
Perdana Menteri berkata ini termasuk menerusi beberapa langkah intervensi diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini, bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga beras putih import (BPI) dan peningkatan permintaan terhadap beras putih tempatan (BPT) di pasaran.
“Saya telah mengadakan pertemuan dengan YB (Yang Berhormat) Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabat saya bagi berbincang dan mendapatkan penyelesaian berhubung situasi beras negara.
“Diharap langkah ini akan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Perpaduan prihatin akan isu semasa khususnya apabila rakyat ingin mendapatkan jaminan bekalan BPT dan harga BPI.
“Kendatipun, saya amat peka dan mendengar segala keluh kesah yang dibangkitkan rakyat ekoran kenaikan harga BPI di pasaran ekoran kenaikan harga beras global,” kata beliau.
Menurut Anwar fenomena kenaikan harga beras bukan hanya berlaku di Malaysia malah melibatkan negara serantau susulan tindakan 19 negara yang mengehadkan eksport beras untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.
Terdahulu, Mohamad dalam sidang media khas berkata Perdana Menteri bersetuju empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara.
Antara langkah itu adalah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit, dengan kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada FAMA.
Bagi Sabah dan Sarawak, Mohamad berkata kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) mulai 5 Okt, dengan langkah itu membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.