KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menafikan dakwaan bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma dikosongkan bagi menerima lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana jabatan tersebut sudah sememangnya penuh dengan pesakit.
Menurutnya, seramai 177 pesakit masih belum menerima rawatan di jabatan tersebut setakat 13 Julai 2021.
Trend semasa di jabatan berkenaan menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 sehingga 180 pesakit, jelas Zulkarnain.
“Pada 8 Julai 2021, Wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenalpasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.
“Pada 9 Julai 2021, Kompleks Rawatan Harian (ACC) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad merawat pesakit COVID-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa.
“Kriteria untuk menempatkan pesakit COVID-19 ke Wad COVID-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad, dan ianya bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma,” katanya dalam kenyataan hari ini
Zulkarnain berkata, pemindahan pesakit COVID-19 ke ACC yang ditukarkan fungsi sebagai Wad COVID-19 merupakan pelan kontigensi yang diambil bagi Pengurusan Bencana Peringkat Hospital.
Sebelum ini, tular mesej dan gambar di media sosial mengenai dakwaan jabatan tersebut dikosongkan bagi menerima lawatan Muhyiddin.
Sementara itu, beliau turut mengulas tentang isu berkaitan doktor pelatih yang diarah untuk berpindah dari Asrama Doktor Pelatih.
Jelasnya, doktor-doktor pelatih tersebut elah selesai dipindahkan pada 12 Julai, ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) yang lebih selesa.
“Notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya keluar dalam tempoh empat hari sejak 9 Julai 2021 (Jumaat) untuk berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM.
“Pihak konsesi akan membuat kerja-kerja penyelenggaraan di Asrama Pelajar Perubatan UM untuk menerima Doktor Pelatih yang sebelum ini ditempatkan di Asrama Doktor Pelatih,” katanya.
Ulas Zulkarnain, pemindahan tersebut menjadikan Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih ditukarkan kepada Wad COVID-19 Berisiko Rendah.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests