Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT MASJID DICONTENG CAT MERAH

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT MASJID DICONTENG CAT MERAH

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh, di sini, yang diconteng dengan menggunakan semburan cat merah, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, kejadian tersebut diketahui selepas seorang Ahli Jawatankuasa masjid berusia 60 tahun membuat laporan polis pada 9.07 pagi, semalam.

“Kejadian disedari pada 5.15 pagi semasa pengadu dan isteri tiba di masjid dan mendapati terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid berkenaan.

“Tiada individu lain di kawasan sekitar selain pengadu dan isteri,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Menurut Yahaya, pengadu yang merupakan bilal di masjid tersebut memberitahu setiap hari beliau akan memainkan alunan bacaan ayat suci al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum azan subuh berkumandang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading