DALAM NEGARA
HUTAN BUKIT SEMANGGOL TERBAKAR
Lebih dua hektar kawasan hutan di Bukit Semanggol, Jalan Kubu Gajah, dekat Gunung Semanggol, di Ipoh terbakar, petang ini.
Lebih dua hektar kawasan hutan di Bukit Semanggol, Jalan Kubu Gajah, dekat Gunung Semanggol, di Ipoh terbakar, petang ini.

IPOH: Lebih dua hektar kawasan hutan di Bukit Semanggol, Jalan Kubu Gajah, dekat Gunung Semanggol, di sini, terbakar, petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.37 petang.
Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dibantu BBP Kamunting telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, api sedang marak dan merebak ke kawasan atas bukit melibatkan keluasan lebih dua hektar namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.
“Pada mulanya kita dimaklumkan kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas 10×10 meter persegi sahaja dan pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran supaya ia tidak terus merebak ke kawasan lain hutan di atas Bukit Semanggol,” katanya dalam satu kenyataan.
Sabarodzi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak bomba tidak menolak kemungkinan berpunca daripada aktiviti pembersihan kawasan.
Operasi memadam kebakaran masih dijalankan.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam untuk tidak...
AGC berkata, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif...
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42...
Mohamad memberi jaminan bahawa stok beras negara ketika ini adalah mencukupi untuk tempoh enam bulan dan...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Najib...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)