IBU REDA PEMERGIAN ANAK, TIDAK BERDENDAM DENGAN PEMANDU BAS
Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi dekat sini, semalam, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.
SEPANG: Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi dekat sini, semalam, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.
“Saya dan suami reda dengan pemergian anak kami, malah tidak berdendam dengan pemandu bas tersebut,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, ibu kepada kanak-kanak itu ketika ditemui media di rumahnya di sini hari ini.
Katanya beliau dan suami belum berjumpa pemandu itu, namun lelaki berusia 50 tahun itu ada menelefonnya dan memohon maaf.
“Saya pun tak boleh nak salahkan abang bas itu sebab dia pun dah trauma sangat, lagi pun dia susah dan bas dia kena sita,” katanya.
Sumber Gambar: BERNAMA
Pembantu kantin itu dalam nada hiba berkata walaupun kehilangan anaknya itu meninggalkan kesan mendalam, dia rela hati memaafkan pemandu bas berkenaan.
Mangsa, Zahida Mohammmad Kassim adalah anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
Menurut Zainab, dia sudah lama mendapatkan khidmat pemandu itu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Katanya, ketika hari kejadian dia dan suami sedang bekerja manakala anak-anak mereka dijaga oleh ibu mentuanya.
Sementara itu, kakak kepada mangsa, Nurul Aishah, 13, berkata ketika kejadian, dia baru turun dari bas itu selepas memberikan duit belanja sekolah kepada adiknya yang berusia lapan tahun.
Katanya selepas turun dari bas dia ternampak Zahida di bawah kenderaan itu yang sedang bergerak.
“Saya cepat-cepat ambil dia sebelum tayar belakang bas melanggarnya lagi. Saya menjerit dan selepas itu terus bawa Zahida masuk ke dalam rumah.
“Kemudian ada jiran yang datang dan bawa saya serta nenek bersama Zahida menaiki kereta ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata selepas menyedari Zahida dilanggar, pemandu bas itu segera turun dan meminta maaf kepada neneknya, namun neneknya menyuruh pemandu itu menghantar budak-budak ke sekolah dahulu.
“Pak cik datang semula selepas selesai hantar budak-budak. Pak cik cakap dia minta maaf, dia tak nampak (Zahida) dan tidak sengaja melanggarnya,” katanya.
Menurut Nurul Aishah adiknya itu seorang kanak-kanak yang ceria dan suka mengekori kakak-kakaknya, serta sangat manja dengan ayah dan nenek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas selesai memberi keterangan.
“Kita akan siapkan siasatan dan bawa kertas siasatan ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests