Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENERBANGAN TERUS KL-TASHKENT MULAI JULAI

DALAM NEGARA

PENERBANGAN TERUS KL-TASHKENT MULAI JULAI

Rakyat Malaysia tidak lama lagi berpeluang untuk menikmati penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak lama lagi berpeluang untuk menikmati penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai.

Satu majlis menandatangan perjanjian berhubung perkara itu diadakan di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia di sini, hari ini, melibatkan Malaysia Airlines dan Osmon Aero. 

Ketua Pegawai Eksekutif Osmon Aero, Anastasiya Arushanova memberitahu Bernama bahawa perkhidmatan penerbangan sewa khas akan bermula dari 9 Julai.

“Penerbangan sewa khas itu dikendalikan Osmon Aero,” katanya selepas majlis pelancaran di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia.

Beliau berkata ada satu penerbangan untuk setiap 10 hari sehingga Oktober.

“Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus itu. Pelancaran penerbangan terus ini memainkan peranan besar dalam memperbaharu hubungan rapat negara dan rakyat antara dua benua,” katanya. 

Turut hadir Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading