Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU DITEMUKAN LEMAS, KERETA TERJUNAM DI SUNGAI RAJANG

DALAM NEGARA

PEMANDU DITEMUKAN LEMAS, KERETA TERJUNAM DI SUNGAI RAJANG

Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini berjaya menemukan seorang lelaki dipercayai lemas setelah kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang di sini tengah malam tadi.

SIBU: Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini berjaya menemukan seorang lelaki dipercayai lemas setelah kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral Suna Kahar berkata mangsa dikenal pasti sebagai Andy Ting King Dieng, 43, ditemukan kira-kira 2.55 petang tadi dan pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa.

Beliau berkata operasi selaman melibatkan lapan anggota bomba dan penyelamat bermula 8.57 pagi dengan kedalaman antara tiga hingga 11 meter sebelum lokasi kereta itu tenggelam berjaya dikesan.

“Kereta tersebut berjaya dinaikkan menggunakan kren pada 3.49 petang dan didapati mangsa masih berada di dalam kenderaan. Pada 4.04 petang, mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Michael Tiang turut bergegas ke tempat kejadian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. 

Katanya, mangsa adalah rakan seperjuangannya semasa bertugas sebagai ahli Majlis Perbandaran Sibu dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading