Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IKLAN JUDI RAYA: LIMA LELAKI, TIGA WANITA DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

IKLAN JUDI RAYA: LIMA LELAKI, TIGA WANITA DITAHAN POLIS

KUALA LUMPUR: Lapan individu ditahan kerana terlibat dalam proses penghasilan video iklan perjudian bertemakan Hari Raya Aidilfitri, yang tular di media sosial hingga mengundang kemarahan netizen.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata individu yang ditahan antaranya pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, penerbit serta pengarah dalam penggambaran video tersebut.

“Kesemua mereka mengaku menerima bayaran bagi pembikinan video itu yang diadakan di dua lokasi iaitu Ampang dan Hulu Langat, Selangor pada 13 Mac lepas. Usaha mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video berkenaan masih diteruskan.

“Kesemua mereka mengaku menerima bayaran untuk berlakon dalam iklan berdurasi 2 minit satu saat itu sebanyak RM180 seorang,” katanya.

Kesemua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Buat masa ini, polis telah menerima 38 laporan berhubung perkara itu.

Acryl Sani menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan, dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menyalurkannya kepada polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading