Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAUHI PERBUATAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH, SEGERA BERTAUBAT – MUFTI WP

DALAM NEGARA

JAUHI PERBUATAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH, SEGERA BERTAUBAT – MUFTI WP

PUTRAJAYA: Individu yang terlibat dalam penghasilan video iklan perjudian bertemakan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial perlu segera bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, umat Islam perlu menghindari segala perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah kepada diri sendiri, masyarakat serta agama.

Jelasnya, sebarang bentuk perbuatan yang menjurus kepada pertaruhan atau perjudian adalah haram di sisi Islam.

“Allah telah berfirman di dalam Al-Quran pada ayat 90 dalam surah al-Baqarah, bahawa aktiviti-aktiviti seperti berjudi, bertaruh nasib, meminum arak dan memuja berhala merupakan antara bentuk perbuatan syaitan yang wajib dijauhi,” dalam kenyataannya.

Dr Luqman mengulas lanjut, Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari (2051) Muslim (1598), “Sesiapa yang menjauhi syubhah, maka dia telah menjaga agama dan kehormatannya,”.

Bagaimanapun, beliau menyeru umat Islam untuk menjauhi sebarang bentuk perbuatan yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

“Matlamat untuk memperoleh kekayaan sama sekali tidak menghalalkan jalan-jalan seperti perjudian.

“Larangan kepada umat Islam untuk terlibat dengan aktiviti perjudian juga diwartakan dalam Seksyen 18, Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya.

Dalam masa yang sama, Dr Luqman turut mengingatkan semua pihak untuk menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading