Penulis mewawancara Datuk Seri Azam Baki secara langsung di pentas Analisis.
OLEH: FINAZ YUNUS
“Bagaimana modus operandi haram boleh dibiarkan bertahun-tahun tanpa disedari ketua unit dan ketua jabatan?”
Rupa-rupanya bukan saya sahaja berfikiran sedemikian, Ketua Pesuruhanjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki turut mempersoal perkara sama ketika diwawancara secara eksklusif dalam program Analisis terbitan TV Alhijrah, yang disiarkan secara langsung Rabu lalu.
Menurut Azam, beliau sering menerima aduan daripada penjawat awam berjawatan rendah berkenaan salah laku yang berlaku dalam urusan tender projek-projek kerajaan.
Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM
Bagaimanapun aduan anak-anak buah ini sering dinafikan pegawai atasan.
“Mereka kecewa kerana mereka sudah memberitahu ketua jabatan namun ketua jabatan berkaitan menafikan isu berkenaan dan mengatakan dokumen all-intact tetapi di pihak SPRM kami kena melihat ia lebih dalam lagi kenapa dan mengapa ia berlaku.”
Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM
Datuk Seri Azam Baki berkata sikap tamak haloba, kurang iman serta ada peluang dan ruang punca utama rasuah.
Datuk Seri Azam turut menegaskan, desakan hidup dan tangga gaji yang rendah bukanlah punca penjawat awam memberi dan menerima rasuah.
“Di sepanjang pengalaman kami berhadapan kes rasuah ini, boleh dikatakan hampir semua kesalahan yang dilakukan bukan kerana desakan hidup, tetapi kerana sikap tamak haloba, kurang iman dan adanya peluang dan ruang.”
Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM
Sumber Imej: BERNAMA
“Jika dahulu ingin menangkap pegawai kanan berpangkat besar dengan gred di bawah 54. Baru-baru ini JUSA B telah kami tangkap, malah JUSA C turut sama sedangkan dulu tiada langsung.”
Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM
Kata Azam kepada saya, tangkapan ‘ikan besar’ ini di peringkat membimbangkan.
Kenyataannya itu mendorong saya ajukan persoalan, andai wujud campur tangan politik sepanjang beliau menjalankan siasatan kes tender kerajaan atau kes berprofil tinggi?
“Tidak logik jika saya katakan tiada langsung yang bertanya, namun saya memberi jaminan bahawa mereka sekadar bertanya dan ia tidak akan mempengaruhi keputusan kami dalam menjalankan siasatan.”
Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM
Program Analisis edisi 14 April lalu yang membawa topik “Kartel Projek: Barah Lama @ Polemik Baharu turut menyimpulkan perbincangan bahawa isu kartel ini berlaku sejak dahulu disebabkan ketiadaan undang-undang khusus berkenaan monopoli tender kerajaan.
Malah, kes sebegini hanya dapat dikurangkan dengan membuat beberapa pembaharuan dalam undang-undang sedia ada seperti Akta Pengisytiharan Berkepentingan.
Mengakhiri wawancara eksklusif tersebut, Azam menyifatkan isu rasuah di negara ini belum sampai tahap pandemik namun membimbangkan.
Saksikan episod penuh Analisis mengenai “Kartel Projek: Barah Lama @ Polemik Baru?” di Youtube.
Finaz Yunus
Penulis adalah Ketua Unit Ehwal Semasa di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, TV Alhijrah
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager