Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM MENENTANG KERAS IKLAN JUDI RAYA

DALAM NEGARA

JAKIM MENENTANG KERAS IKLAN JUDI RAYA

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius serta menentang keras perbuatan yang menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang masyarakat beragama Islam di negara ini.

Ia susulan daripada sebuah video iklan judi yang dirakam berkonsepkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial sejak semalam.

“JAKIM memandang serius dan menentang keras perbuatan seumpama ini sekiranya benar ia berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini,” dalam kenyataan yang dikeluarkan JAKIM, hari ini.

Dalam hal ini, JAKIM menyokong usaha pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang bertanggunggjawab dalam perkara ini mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

JAKIM turut menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan video tersebut kerana ia boleh memberi kesan yang tidak baik.

“Umat Islam juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian termasuklah membantu dalam mempromosikan perjudian yang jelas bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Iklan yang mengajak umat Islam berjudi dalam bulan Ramadan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dipercayai dimuatnaik di Youtube 8 April lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading