Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ILLI NAJWA MASIH BERAGAMA ISLAM

DALAM NEGARA

ILLI NAJWA MASIH BERAGAMA ISLAM

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memaklumkan status Illi Najwa Anuar Hussien Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lepas, masih beragama Islam.

Menurut Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, pihaknya telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain bagi mendapatkan keterangan.

Tambahnya, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini Illi Najwa juga hadir bersama kami untuk menghadap baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Illi Najwa di Istana Bukit Pelangi, hari ini, bersama Yahya dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin.

Dalam pertemuan tersebut, Yahya mempersembahkan hasil siasatan JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan pasangan tersebut.

Sebelum ini, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor untuk menyiasat status terkini agama wanita berkenaan bersama pasangannya, pada Disember lalu.

Pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka di kampung halaman Manpreet di Punjab, India.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading