INISIATIF BERSEPADU MENERUSI MIFC PENTING PACU PERTUMBUHAN KEWANGAN ISLAM
Inisiatif bersepadu seperti menerusi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) penting dalam mengukuhkan struktur kewangan Islam di Malaysia dan membangunkan sektor itu selaras dengan agenda Ekonomi MADANI.
KUALA LUMPUR: Inisiatif bersepadu seperti menerusi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) penting dalam mengukuhkan struktur kewangan Islam di Malaysia dan membangunkan sektor itu selaras dengan agenda Ekonomi MADANI.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata peranan MIFC yang bermula pada 2006 merupakan inisiatif oleh badan kawal selia pasaran kewangan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan bertujuan membangunkan sektor kewangan Islam di Malaysia melalui penglibatan industri dan kerajaan.
“Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan hala tuju bagi mempromosikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam utama di peringkat antarabangsa,” katanya di persidangan Dewan Negara, pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hatta Md Ramli mengenai kesediaan kerajaan untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Khas Kewangan Islam yang lebih komprehensif bagi mengukuhkan lagi struktur kewangan Islam di Malaysia.
Selain itu, selaras dengan pembangunan ekosistem untuk memacu fasa pembangunan seterusnya dalam mengukuhkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah bekerjasama untuk menubuhkan Majlis Kepimpinan MIFC pada 5 Okt, 2022, katanya.
“Majlis Kepimpinan MIFC ini berfungsi sebagai platform untuk menyediakan kepimpinan industri dalam usaha memperkukuh Malaysia sebagai pasaran global dan gerbang antarabangsa bagi kewangan Islam.
“Majlis Kepimpinan MIFC dipengerusikan oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan ahlinya terdiri daripada tokoh industri tempatan dan antarabangsa yang terkemuka disamping wakil daripada BNM dan SC,” katanya.
Ahmad berkata sehingga kini, kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam terus diiktiraf di peringkat global dengan menduduki tempat pertama selama 10 tahun berturut-turut dalam ICD-Refinitiv Islamic Financial Development Indicator, seiring dengan pembangunan ekosistem kewangan Islam di Malaysia yang komprehensif dan semakin matang dengan peserta yang dinamik, berdaya tahan dan mampu mengeluarkan produk yang pelbagai.
Sementara itu, beliau berkata pembiayaan dan pinjaman patuh syariah sektor perbankan meningkat kepada 44.7 peratus pada 2023 berbanding 31.3 peratus pada 2015, dan 15.2 peratus pada 2010 manakala sektor perbankan konvensional pula berada pada 55.3 peratus pada 2023.
“Dari segi data pasaran modal Islam, kini pasaran modal Islam membentuk 64.18 peratus dengan berjumlah RM2.4 trilion dan daripada 982 syarikat yang tersenarai, 804 syarikat patuh syariah manakala 178 konvensional. Dari segi takaful insurans Islam, pertumbuhan amat positif, dengan hanya 12.6 peratus pada 2010 manakala 2023 pada 24.8 peratus.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia menerajui pasaran sukuk global dengan syer pasaran 39 peratus. Seterusnya indeks kewangan islam, Malaysia berada di tempat pertama, Arab Saudi menduduki tempat kedua, Indonesia (ketiga), Bahrin (keempat), dan Kuwait (kelima),” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.