Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAPID KL NAFI BERLAKU LETUPAN LIBATKAN TREN MRT

DALAM NEGARA

RAPID KL NAFI BERLAKU LETUPAN LIBATKAN TREN MRT

KUALA LUMPUR: Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang semalam seperti yang tular menerusi media sosial.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebaliknya kejadian itu hanyalah bunyi percikan api berpunca daripada sebuah tren bernombor 28 yang sebelum itu dikeluarkan daripada perkhidmatan di stesen Taman Mutiara kerana menyebabkan ‘alarm’ atau amaran kepada sistem bekalan kuasa trek MRT di stesen berhampiran.

“Insiden menyebabkan atau menghasilkan ‘bunyi spark’ (bunyi percikan api) seperti yang dilaporkan. Bagaimanapun tiada sebarang letupan atau kebakaran.

“Atas faktor keselamatan, tren tersebut telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan penumpang telah diminta untuk menaiki tren berikutnya yang tiba di Taman Mutiara. Tren terbabit kemudian dibawa ke depoh selepas tamat waktu operasi bagi pemeriksaan terperinci,” menurut kenyataan itu.

Pada waktu kejadian, pegawai transit yang berada di dalam tren sentiasa memantau keadaan bagi memastikan tiada sebarang gangguan terhadap jadual perjalanan perkhidmatan tren MRT Laluan Kajang.

Terdahulu tular menerusi media sosial perkongsian pengguna MRT terbabit yang mendakwa berlaku letupan di tren terbabit sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading