Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata terdapat dalam kalangan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian berhasrat menyediakan Klinik Rahmah menawarkan pakej keluarga bagi golongan B40 dengan harga berpatutan.
KUALA LUMPUR: Inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah turut menarik minat sektor lain termasuk perubatan untuk menyediakan harga murah kepada golongan memerlukan terutama B40.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata terdapat dalam kalangan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian berhasrat menyediakan Klinik Rahmah menawarkan pakej keluarga bagi golongan B40 dengan harga berpatutan.
“Bagi menjalankan idea ini, pihak kami perlu adakan kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbincang dan menjayakan (Klinik Rahmah) sekiranya benar ada doktor ingin klinik mereka memberi Perubatan Rahmah,” katanya selepas menjadi tetamu Program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio hari ini.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pengusaha restoran makanan segera susulan permintaan keluarga yang ingin menyantuni anak mereka dengan makanan itu.
“Kami adakan libat urus dengan beberapa restoran seperti McDonald’s dan Burger King yang boleh katakan hasil pertemuan itu adalah positif, mungkin akan ada Burger Rahmah bernilai RM5 tetapi burger itu memang burger yang mereka (restoran makanan segera) jual dengan harga pasaran hari ini,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata inisiatif tersebut yang bermula dengan hidangan nasi, lauk dan sayur kini diperluaskan dengan bahan makanan lain seperti mi, menu panas seperti ‘Chicken Chop Rahmah’ dan terdapat peniaga yang memperkenalkan Durian Rahmah.
Ditanya mengenai kos dan bekalan barang mentah, Salahuddin berkata bekalan ayam dijangka mencukupi selepas berakhir musim tengkujuh kerana tiada kekangan daripada pembekal manakala bekalan telur ayam akan pulih sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
“Sekarang ini untuk mengatasi itu (bekalan telur ayam), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah import telur ayam dari India untuk mengatasi isu permintaan tersebut,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklum balas daripada majoriti peniaga yang menyediakan Menu Rahmah, walaupun menyediakan makanan dengan harga murah, mereka masih memperoleh keuntungan.
Pada 31 Jan lepas, inisiatif Menu Rahmah dilancarkan dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked