INSIDEN HELIKOPTER: SEORANG PEGAWAI TLDM DIRAWAT DI UNIT RAWATAN RAPI
Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang malam tadi, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
MELAKA: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang malam tadi, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz menerima rawatan di wad berkenaan berikutan komplikasi pada paru-paru dan dilaporkan telah sedar serta berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi daripada pegawai perubatan.
“Bintara Kanan (BK) Technician Marine Srimala (TMS) Mohammad Zullfika Mohiddi pula masih menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kerana cedera di pinggang dan betis kanan,” katanya selepas menziarahi kedua-dua mangsa di Hospital Melaka, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin.
Adly berkata dua lagi mangsa, iaitu juruterbang, Leftenan Komander Muhamad Kamal Abdul Rani dan Leftenan Mohammad Faiz Razali pula telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka hari ini.
Dalam kejadian pada 10.50 malam itu, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, Adly berkata TLDM akan melakukan operasi menaikkan bangkai helikopter berkenaan pada hari ini dan akan dibawa ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk dibuat penilaian teknikal.
Beliau berkata sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menilai dan mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota pasukan itu pada masa hadapan.
“Yang paling penting bagi kita ialah cara kita melihat penyelesaian kepada isu ini kerana kalau boleh kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku (pada masa depan).
“Jadi, semua aspek kita akan ambil kira dalam penilaian sama ada dari segi anggota dan juga teknikal termasuk keupayaan aset kita,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Zullfika berkata ketika kejadian, beliau dan rakan-rakannya sedang menunggu masa untuk membuat persembahan menyelamatkan tebusan bersempena dengan sambutan berkenaan.
Beliau berkata helikopter dinaikinya itu sedang berlegar-legar di udara tidak jauh dari kawasan persembahan sebelum nahas berlaku.
“Sudah tujuh hari kami menjalani latihan untuk persembahan pada malam tadi. Cuaca memang baik, bulan terang, langit juga tak berawan.
“Kejadian ini memang betul-betul di luar jangkaan sebab latihan dah dibuat banyak kali dan bukanlah latihan pertama yang dijalankan pada waktu malam,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked