INSIDEN PUTRA HEIGHTS: LAPORAN POLIS, JKKP DIKELUARKAN HUJUNG JUN
Laporan siasatan polis serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor dijangka dikeluarkan pada hujung bulan depan.
SEPANG: Laporan siasatan polis serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor dijangka dikeluarkan pada hujung bulan depan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan oleh polis yang turut meliputi unsur kecuaian atau khianat telah selesai dilakukan, dan pihaknya sedang menunggu JKKP melengkapkan siasatan mereka.
“Polis dan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Petronas telah membantu mereka mengeluarkan spesimen diperlukan (bagi siasatan). Buat masa ini, kami menunggu analisis lanjut JKKP, melibatkan analisis makmal (dan) ada pelbagai teknik digunakan ke atas spesimen dari kawasan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata sekurang-kurangnya terdapat lima spesimen dikeluarkan untuk siasatan atau analisa lanjut oleh JKKP, selain agensi lain terlibat dalam siasatan teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains juga selesai mengambil sampel diperlukan.
“Mereka (pihak terlibat dalam siasatan) perlu mendapatkan hasil analisis, barulah boleh merumuskan sebab letupan itu berlaku,” katanya dan menambah lokasi ground zero tersebut juga telah diserahkan kepada Petronas untuk proses pemulihan.
Ditanya jika jengkaut dikatakan terbenam akibat letupan itu telah dikeluarkan, Hussein berkata polis telah mengenal pasti lokasi jentera berkenaan, namun ia belum dikeluarkan.
“Kita akan keluarkan juga jengkaut selepas kerja pemulihan di ground zero selesai, kerana sebelum ini kita menumpukan kepada kawasan mempunyai paip. Kita tidak boleh buat serentak (bimbang) kawasan itu akan runtuh.
“Jadi sekarang siasatan di kawasan paip sudah selesai dan apabila Petronas selesai membuat proses pemulihan, pasukan siasatan akan bergerak ke tempat jengkaut terbenam.
“Kita tidak boleh mengetepikan (jengkaut) itu sepenuhnya dan kita akan siasat lanjut apabila dapat jentera tersebut. Tetapi ia bukan keutamaan dalam dalam siasatan buat masa ini,” katanya.
Kebakaran saluran gas Petronas di Putra Heights pada 8.10 pagi, 1 April menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk padam sepenuhnya, selain menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter di lokasi kejadian. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests