POLIS MELAKA SIAPKAN KERTAS CADANGAN USUL HARAMKAN PENJUALAN VAPE
Polis Melaka kini dalam proses menyiapkan kertas cadangan kepada kerajaan negeri supaya mengharamkan penjualan vape sebagai usaha membendung ancaman dadah sintetik yang disalahgunakan menerusi penggunaan rokok elektronik.
MELAKA: Polis Melaka kini dalam proses menyiapkan kertas cadangan kepada kerajaan negeri supaya mengharamkan penjualan vape sebagai usaha membendung ancaman dadah sintetik yang disalahgunakan menerusi penggunaan rokok elektronik.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata langkah itu diambil susulan beberapa kes tangkapan yang dilakukan mendapati cecair vape mengandungi bahan terlarang termasuk ketamin selain kebimbangan terhadap peningkatan penyalahgunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah dan orang dewasa.
“Kita masih dalam proses menyiapkan kertas kerja dan pengharaman penjualan vape ini akan dicadangkan dalam masa terdekat.
“Langkah ini diambil kerana kita sedar akan implikasinya terhadap masyarakat termasuk memberi kesan terhadap kesihatan dan sosial, khususnya dalam kalangan remaja yang boleh terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Dzulkhairi berkata kertas cadangan itu juga akan mengupas beberapa aspek termasuk kesan sampingan penggunaan vape, peningkatan trend penggunaannya dalam kalangan pelajar serta alasan pengharaman penjualan rokok elektronik berkenaan.
Beliau berkata kertas cadangan itu juga akan mengambil kira impak ekonomi terhadap masyarakat sekiranya penjualan vape dihentikan serta-merta, selain akan berbincang dengan kerajaan negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membentangkan kertas cadangan itu.
Cadangan itu juga bertepatan dengan saranan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada bulan lepas dan setakat ini, beberapa negeri turut mengambil langkah mengharamkan penjualan vape secara menyeluruh sebagai langkah pencegahan penyalahgunaan bahan terlarang. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked